Thursday 8 March 2012

APAKAH KANSER BOLEH DICEGAH?


APAKAH KANSER BOLEH DICEGAH?

Written by Admin   
Monday, 17 October 2011 08:02
APAKAH KANSER BOLEH DICEGAH?
KENAPA PENCEGAHAN KANSER TIDAK DIJADIKAN AGENDA UTAMA?

Melihat kepada situasi semasa iaitu penyakit kanser semakin mengganas dan menjadi-jadi  dengan setiap 3 orang maka seorang pasti diserang penyakit kanser. Malah kanser sudah menjadi pembunuh nombor satu di zaman sekarang. Dunia semakin maju dengan berbagai-bagai teknoloji  canggih sehingga manusia mampu menakluki  Bulan, mencipta klon, nano teknologi, membiakkan stem sel dan berbagai-bagai peralatan perubatan yang berteknologi tinggi.
Kebanyakan penyelidikan dan kajian tertumpu bagaimana untuk merawat kanser.  Berbilion-bilion duit di peruntukan dan dibelanjakan untuk mereka dan mencipta peralatan baru bagi mengesan dan mendiognosa kanser serta juga terlalu banyak wang dibelanjakan setiap hari untuk mencipta berbagai ubat dan penawar bagi melawan kanser. Tetapi hakikatnya manusia maseh gagal untuk melawan dan merawat kanser. Rawatan kanser maseh tertumpu kepada 3 kaedah sahaja iaitu pembedahan, Kimotherapi dan Radiotherapi. Kemajuan ilmu pembedahan tidak mampu untuk merawat kanser sama sekali ia sekadar membantu membuang tisu kanser yang kelihatan sahaja. Kimotherapi juga gagal mematikan ataupun menghapuskan sel-sel kanser malah memberikan kesan toksid yang tidak terkawal kepada manusia. Radioterapi hanya sekadar membantu mengawal tisu-tisu kanser setempat dan gagal menghapuskan kanser secara keselurohan. Ketiga-tiga kaedah ini tidak menunjukkan sebarang perkembangan atau peningkatan dalam kejayaannya untuk merawat kanser iaitu ‘5 years survival rate’ untuk ‘solid tumours’ maseh sekitar 2% sejak 50 tahun dahulu!. Jadi keupayaan rawatan pembedahan, kimoterapi dan radioterapi maseh berada ditakuk lama sedangkan peningkatan ‘incidence’ kanser sudah terlalu tinggi iaitu setiap 3 orang pasti seorang akan diserang kanser. Mengikut kajian  ‘Incidence’ ini akan terus meningkat sekitar 1% setiap tahun. Kesimpulannya ‘Teknologi dan perkembangan perubatan’ maseh gagal untuk merawat kanser!.
Sebenar nya bukan Kanser sahaja yang gagal dirawat.  Penyakit AIDS juga gagal dirawat sehingga sekarang, dunia perubatan mengaku ianya tidak mampu dan tidak boleh dirawat untuk dibaik puleh, malah sesiapa sahaja yang mengaku atau cakap boleh ‘cured’ AIDS akan ditangkap dan dipersalahkan dimahkamah.  Kini segala usaha di lakukan untuk mencegah dan dunia perubatan menerima hakikat “pencegahan itu lebih baik daripada merawat” untuk penyakit AIDS.  Usaha, kempen dan berbilion wang diseluruh dunia di tumpukan kepada segala langkah-langkah pencegahan.

Kenapa kanser tidak diambil pendekatan yang sama? Kenapa ‘mencegah itu lebih baik daripada merawat’ tidak diberikan perhatian dan penekanan kepada penyakit kanser? Sedangkan ‘incidence’ nya lebih kerap (1:3) dan lebih banyak orang yang menderita dan mati kerana kanser. Kenapa dunia perubatan tidak mahu mengaku kalah setelah lebih 100 tahun melawan kanser dengan surgery, kimoterapi dan radioterapi , tetapi tetap di takuk yang sama tanpa ada apa-apa perkembangan positif?
Seharusnya dilakukan penilaian semula terhadap konsep dan pemahaman tentang penyakit kanser itu sendiri dan juga  sejauh mana keberkesananan rawatan yang ada? Apakah kita maseh tetap menganggap kanser itu disebabkan oleh ‘kegilaan pertumbuhan sel-sel tidak terkawal’ kerana faktor-faktor yang maseh “unknown” dan menerima beberapa anggapan ataupun sekadar asosiasi yang tidak begitu pasti seperti virus, rokok dan bahan-bahan kimia. Mengapa kita tidak mahu melihat dari pengalaman dan pengajaran daripada keilafan yang lalu seperti tentang penyakit ‘scurvy’. Penyakit scurvy telah membunuh berjuta-juta kelasi kapal Englan, Sepanyol dan Belanda sekitar 100 tahun dahulu. Berbagai kajian dan postulasi telah di lakukan untuk mencari punya sebenar penyakit scurvy dan apabila ada penemuan yang mengatakan scurvy boleh dirawat dengan mengambil ‘ascorbic acid’ maka dunia perubatan waktu itu hanya mentertawakan dan mengatakan itu rawatan orang gila, sehingga setelah 40 tahun baru lah ia diterima sepenuhnya oleh dunia perubatan bahawa penawar kepada penyakit ‘scurvy’ adalah dengan mengambil pemakanan yang mengandungi  vitamin C.  Kemudian ujud pula penyakit baru yang di panggil  ‘Pellagra’, ini pun mengambil masa 50 tahun baru dunia perubatan menerima hakikat bahawa pellagra adalah penyakit metabolik yang disebabkan kekurangan zat vitamin B12 didalam pemakanan.

Dalam hal penyakit kanser ramai saintis dan para-para doktor yang percaya dan mengatakan kanser juga adalah penyakit metabolik. Penyakit metabolik adalah penyakit yang terjadi didalam badan pesakit sendiri akibat dari kekurangan zat-zat tertentu dari pengambilan pemakanan dan tidak disebabkan oleh unsur luaran seperti virus, bacteria, fungus ataupun bendasing yang lain.   Ia juga adalah penyakit yang disebabkan oleh kekurangan zat-zat pemakanan tertentu yang bertahun-tahun akibat dari pengambilan pemakanan modern yang tidak seimbang dan terlalu kurang mengambil sayuran, bijirin dan buah-buahan. Di tambah teruk lagi dengan pencemaran persekitaran dan kontaminasi minuman, makanan serta bahan-bahan personal yang di campur dengan perbagai bahan-bahan kimia. Saintis dan dunia perubatan adalah terlalu sukar dan lambat untuk menerima hakikat bahawa pemakanan adalah punca kepada kebanyakan penyakit kita. Nabi Muhamad saw. Sendiri  pernah bersabda dan itu menyatakan “ bahawa punca segala penyakit adalah dari perut”.

Adalah tidak mustahil setelah 200 tahun monopoli rawatan surgeri, kimoterapi dan radioterapi dengan punca dan penyebab yang ‘unknown’ barulah ditemukan penawar sebenar penyakit kanser. Anda jangan terperanjat  kalau penawarnya terlalu dekat dan terlalu mudah untuk kita fikirkan sekarang seperti vitamin C untuk scurvey dan vitamin B untuk pellagra ataupun makanan biji-biji buah untuk kanser. Tetapi anda jangan risau, bimbang atau menyesal kerana waktu itu mungkin anda dan beberapa keturunan anda  sudah mati akibat penyakit  kanser.

Disini kita tidak menyanggah ataupun menidakkan rawatan standard surgeri, kimoterapi ataupun radioterapi tetapi kita mahu menekankan bahawa kanser boleh kita cegah bersama. Hakikatnya dunia kita semakin kotor, udara yang disedut setiap saat semakin tercemar dengan pelbagai asap dan bahan-bahan kimia yang sentiasa terbebas dari kilang-kilang perindustrian dan  kenderaan bermotor atau pun radioaktif dari ujian bom-bom nuclear. Sungai-sungai dan pelbagai punca air minuman   kita juga sudah tercemar. Pemakanan dan  minuman kita juga sudah terlalu modern dengan menggunakan pelbagai bahan kimia sebagai pengawet, perasa tiruan, pelazat kimia , pewarna dan antibiotic serta racun serangga. Polar pemakanan manusia sekarang sudah terlalu kurang  mengambil sayuran, buah-buahan dan bijirin segar malah terlalu banyak mengambil karbohidrat, protin haiwan dan gula serta gula tiruan. Penyakit Kencing manis, Darah tinggi, Kolesterol, Jantung , Gout, Rheumatoid, SLE,  Bronchial asthma dan lain-lain penyakit kronik adalah juga tidak mampu dirawat oleh perubatan moden , kalau adapun sekadar merawat symptom nya sahaja dengan pengawalan gula untuk Kencing Manis, pengawalan tekanan darah untuk Hypertension dan pain killers ataupun steroid untuk Gout, SLE, Rheumatoid Arthritis  dan steroid atau pun bronchodilator untuk Asthma.

Kesedaran tentang kepentingan ‘Organic food’  maseh terlalu kecil dan hanya sebilangan kecil sahaja masyarakat yang mampu dan mempunyai kesedaran  untuk mengambil makanan organik.  Pengambilan air minuman  bertapis yang bebas klorin dan dari segala logam-logam berat adalah maseh terlalu kecil. Minuman air beralkali adalah juga bagus untuk kesihatan manusia. Penjagaan alam sekitar, sungai dan kawasan hutan hijau serta lapisan ozone juga adalah penting untuk kesejahteraan umat manusia didunia.

Menyedari tentang faktor-faktor alam semula jadi yang semakin kotor untuk kehidupan manusia dan tabiat polar pemakanan yang  tidak sihat maka di yakini ini adalah punca utama kepada peningkatan berterusan ’incidence’ kanser dari 1:100 kepada 1:3 sekarang. Perkembangan dunia sains, teknologi dan kemajuan dunia perubatan modern langsung tidak mampu untuk mengurangi kejadian kanser malah turut menyumbang kepada peningkatan kanser ataupun kematian yang disebabkan oleh kanser.

Menginsafi hakikat ini sesuatu yang lebih proaktif harus dilakukan oleh oleh kita semua terutama untuk memelihara alam sekitar dari pencemaran. Mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan mengurangi pengambilan karbohidrat, gula dan pengambilan lemak dan daging haiwan. Lebihkan pengambilan sayuran dan buah-buahan serta cuba mengambil pemakanan yang organik. Gaya hidup sehat termasuk meninggalkan segala tabiat atau aktibiti yang merbahayakan kesihatan diri seperti merokok, mengambil alkohol, dadah dan mengamalkan sex yang sihat. Amalkan senaman sekurang-kurang nya 30min untuk 3 x seminggu dan kurangkan berat badan anda pada tahap BMI yang sihat. Lebih prihatin dalam menggunakan bahan-bahan personal care seperti sabun, syampo, makeup , tooth paste, deodorant dan lain-lain daripada bahan-bahan yang ada kimia yang boleh menyebabkan kanser. Jauhkan juga dari makanan yang ada pewarna, perasa tiruan , pengawet dan yang terdedah kepada ’insectiside’ dan ’pesticide’.
Pihak kerajaan juga harus lebih prihatin dan bertanggungjawab untuk mengawal industri pemakanan dan minuman , kosmetik dan ’personal care products’ daripada mencemarkan alam sekitar dan juga daripada menggunakan bahan-bahan kimia yang merbahaya sebagai campuran di dalam produk mereka. Perundangan yang lebih menyeluroh dan efektif harus di lakukan bagi memastikan industri makanan dan kosmetik tidak menjadi penyumbang utama kepada peningkatan kejadian kanser kepada masyarakat sekarang.

Dunia perubatan dan polisi harus berubah dan menerima hakikat bahawa kita gagal merawat kanser dan pendekatan harus berubah kepada PENCEGAHAN. Surgeri, kimoterapi dan radioterapi bukan lah penyelesaian kepada masalah kanser. Perkembangan dunia sains dan perubatan serta perkembangan teknologi canggih juga gagal untuk melawan kanser.  Lebih banyak penyelidikan dan wang harus di peruntukan untuk mencegah kejadian kanser. Berbagai kempen di peringkat national dan dunia harus dilakukan untuk mencegah kanser dari terus meningkat setiap tahun. Kalau AIDS boleh di tumpukan kepada pencegahan kenapa tidak kepada kanser?

Diatas segala kesedaran  komprehensif diatas kita tidak harus sekadar berdiam diri sahaja terhadap kanser, kita tidak seharusnya menunggu sahaja bila kanser akan menyerang kita!. Tidak cukup sekadar simpati apabila ibu atau bapa ataupun adek beradik kita diserang kanser. Menolong mereka untuk mendapatkan surgeri, kimotherapi dan radioterapi tidak akan cukup bermakna. Jangka hayat mereka sudah pendek walaupun dirawat dengan ketiga-tiga kaedah tersebut. Kita atau anda harus bertindak sekarang untuk menghalang kanser menyerang diri anda sendiri. Bagaimana ianya harus dilakukan? Lakukan langkah-langkah pencegahan anda mulai sekarang. Ubah cara hidup dan cara pemakanan anda sekarang. Jauhkan dari cara hidup yang memudaratkan diri anda. Kalau tidak kanser itu tetap akan menyerang anda sebab setiap 3 orang, seorang pasti akan diserang kanser sekarang ini. Jangan tunggu sehingga anda menjadi orang yang seorang tersebut.

Mulai sekarang  ambil sayuran segar hidup sebanyak yang mungkin melalui makanan 'salad' ataupun ulam dan banyakkan makan buah-buahan dan ’fresh juices’. Hanya tumbuhan-tumbuhan sahaja yang mampu menyediakan makanannya sendiri dan semua kehidupan di alam semesta ini bergantung kepada makanan yang disediakan oleh tumbuh-tumbuhan untuk hidup. Tumbuhan menggunakan tenaga matahari, carbon dioxide, klorofil, air dan zat-zat garam galian dari bumi menggunakan "Photosentisis' untuk memproses karbohidrat, protein, gula, lemak, segala macam vitamin dan garam galian. Makanan ini tersedia didalam daun-daun hijau, kuning, merah atau pelbagai warna ataupun tersedia didalam buah-buahan yang ada pelbagai jenis, warna, bau, rasa, saiz dan bentuk. Selain daun dan buah, ada juga makanan tertentu yang terdapat didalam bunga, kulit pokok, batang pokok dan juga akar-akar pokok.

Asas pemakanan utama yang dihasilkan oleh 'Plant Kingdom' ini memberi makanan untuk semua kehidupan haiwan 'Herbivora', 'Carnivora' dan 'omnivora'. Haiwan herbivora biasanya mempunyai saiz yang besar seperti gajah, seladang, zirafah, lembu, kerbau dan lain-lain, mereka biasa nya mempunyai kadar kesihatan yang tinggi dan umur yang panjang. Haiwan pemangsa akan memakan haiwan herbivora untuk mendapatkan segala sumber tenaga, makanan dan zat-zat vitamin. Manusia mempunyai kedua-dua pilihan untuk memakan terus tumbuhan sebagai penyedia makanan dunia dan/atau makanan kedua melalui pemakanan haiwan-haiwan herbivore, carnivore ataupun haiwan omnivora.

Polar pemakanan manusia zaman sekarang yang lebih tertumpu kepada pengambilan daging dan lemak haiwan daripada pengambilan tumbuhan. Kesimpulan nya manusia hari ini terlalu kurang mengambil sayuran segar, buah-buahan dan juga kekacang dan ini adalah merupakan faktor terpenting yang mendatangkan berbagai penyakit metabolik. Kekurangan zat-zat makanan tertentu dalam jangka waktu yang adalah punca terjadinya penyakit-penyakit metabolic.

Di samping itu dapatkan informasi selanjutnya tentang ’ nutritional metabolic supplementation therapy’. Anda di nasihatkan mengambil banyak kekacang dan  biji-biji buah untuk mendapatkan zat-zat yang kaya didalam nya. Ataupun untuk kemudahan, anda boleh mula amalkan memakan Vitamin B17 1 biji setiap hari bersama dengan pengambilan Apricot seed capsule 2 biji tiga kali sehari. Pengambilan multivitamin, vitamin E dan  vitamin  C adalah sangat digalakkan.

1 comment:

nurulnadiahalim said...
This comment has been removed by a blog administrator.