Sunday 11 March 2012

RAWATAN ALTERNATIF KANSER

Written by Admin   
Tuesday, 20 September 2011 16:36
Kita semua tidak percaya bahawa kanser boleh disembuhkan malah para-para doktor sendiri sering memberitahu bahawa sukar untuk menyembuhkan penyakit kanser sepenuhnya. Pengalaman dan pemerhatian daripada kawan-kawan atau saudara-mara yang mengidap kanser hampir tiada yang berjaya disembuhkan oleh perubatan moden. Pembedahan moden, rawatan kimotherapi dan Radiotherapi hanya biasanya mengawal kanser untuk sementara waktu sahaja, malah ada yang tewas dengan berbagai komplikasi dari kimotherapi ataupun radiotherapi sendiri. Setelah fasa rawatan agresif selesai, kebiasaannya dalam 1 ke 2 tahun kanser akan terjadi lagi di lokasi yang sama atau pun merebak pula ke lokasi yang baru dengan lebih agresif lagi. Dalam hal sebegini tawaran rawatan moden sudah agak terhad dan peluang untuk pulih terlalu kecil sekali. Biasanya doktor akan berbincang dengan pesakit bahawa tidak banyak yang mampu dilakukan dan kadang-kadang hospital langsung menolak untuk memberi apa-apa rawatan selain hanya mampu membekalkan Morphine secara sah sebagai ubat penahan sakit dengan menghayalkannya!.

Persoalannya kenapa kanser boleh hidup dan merebak semula walaupun telah dibuat pembedahan , kimotherapi dan diradiasi? Ketahuilah bahawa ketiga-tiga rawatan moden ini hanya cuba menghapuskan atau mematikan kanser pada lokasi yang diserang kanser sahaja. Tiada langsung usaha atau pun rawatan yang diberikan untuk membaik pulih ‘persekitaran’ didalam badan pesakit kanser tersebut. Kanser itu wujud sudah pasti kerana persekitaran badan pesakit yang menggalakkan penumbuhan kanser tersebut, jadi dengan sekadar membuang tisu kanser sahaja tetapi ‘persekitaran’ nya tetap sama, maka sel kanser akan mudah tumbuh semula di persekitaran yang sama dan sesuai untuk nya hidup mungkin pada mana-mana posisi atau lokasi yang lebih bagus.

Jadi sebenarnya pendekatan untuk rawatan kanser perlu lah lebih komprehensif dan menyeluruh tidak cukup sekadar membuang tisu kanser sahaja, tapi yang lebih penting adalah bagaimana kita mahu membaik pulih persekitaran didalam badan pesakit supaya berubah daripada ‘friendly’ kepada pertumbuhan kanser kepada tidak ‘friendly’ untuk pertumbuhan kanser.

Pemulihan sistem dalam badan pesakit adalah melibatkan ‘biokimia’ dan metabolism didalam badan pesakit. Berbagai faktor terkait dengan pemulihan sistem metabolism badan. Terutama sekali apa yang dimasukkan kedalam badan kita melalui pemakanan, minuman dan pernafasan serta apa yang terserap melalui kulit akibat dari pendedahan dikulit seperti penggunaan shampu, sabun, alat solek, krim muka/ badan, deodorant dan lain-lain. Yang kedua penting adalah faktor ‘perkumuhan’ iaitu pembuangan hasil-hasil metabolism yang tidak dikehendaki oleh tubuh badan yang biasanya dilakukan melalui pembuangan air kencing, najis, pernafasan dan system perpeluhan.

Jadi dalam hal ini untuk penjernihan atau penyulingan system badan tidak cukup sekadar penghalang kemasukan pemakanan, minuman, udara yang tidak baik sahaja atau peningkatan kelancaran proses perkumuhan tetapi adalah pengambilan bahan-bahan yang kekurangan secara kronik akibat dari salah cara pemakanan yang bertahun-tahun dan juga mengambil pemakanan tambahan bagi memaksimakan sistem immune didalam badan.

Dengan cara begini sistem persekitaran didalam badan dipertingkatkan untuk menghasilkan suatu sekitaran yang sihat yang tidak menggalakan pertumbuhan sel-sel kanser dan malah wujudnya sistem pertahanan immuniti yang efektif untuk langsung membunuh sel-sel kanser yang baru terjadi.

Pendekatan yang menyeluruh ini adalah bersesuaian dengan konsep ‘teori metabolik’ yang mengatakan penyakit metabolik terjadi apabila terjadinya kekurangan zat-zat pemakanan tertentu dalam kadar waktu yang lama seperti penyakit ’scurvy’ akibat kekurangan Vitamin C dalam pemakanan yang kronik dan penyakit ‘pellagra’ akibat dari kekurangan Vitamin B dalam pemakanan yang kronik juga. Kanser juga adalah suatu penyakit metabolik! Kekurangan perbagai zat-zat pemakanan didalam diet moden sekarang jelas mengkaitkan pelbagai penyakit kronik yang tiada penawar hingga sekarang. Terutamanya penyakit kanser yang tidak kedengaran pada 20 ke 30 tahun dahulu, tetapi sekarang sudah menjadi terlalu kerap, malah setiap 4 orang pasti seorang mati diserang kanser! Apakah ini harga yang terpaksa dibayar oleh generasi sekarang akibat dari kemodenan, industraliasasi dan kemajuan teknologi?.

Dari penerangan diatas jelas kepada kita bahawa untuk merawat kanser kita perlu mengambil pendekatan yang komprehensif dan menyeluruh iaitu pertamanya dapatkan pemeriksaan doktor secepat mungkin apabila anda merasa tidak sihat, mengalami apa-apa simptom ataupun mengesyaki diserang kanser. Dengan kemajuan teknologi yang ada sekarang berbagai pemeriksaan darah seperti ‘ tumours markers’ dapat dilakukan untuk mengesan kanser diperingkat seawalnya. ‘MRI’, X-Ray dan PET’s scan juga mampu mengesan kanser seawalnya yang terpendam atau tersorok didalam badan anda. Dapatkan pengesahan atau konfirmasi tentang jenis kanser and ‘staging’ dari pada pakar ongkologist anda, ini adalah penting untuk menilai tentang prognosis dan rawatan yang bakal anda lalui.

Pengesahan ini juga penting untuk insuran anda terutamanya sekiranya anda ada membeli polisi ‘critical illness’ yang mana dengan pengesahan diagnosa kanser anda berhak menerima langsung wang tunai sejumlah yang di insuransikan. Dengan ada lebih badjet begini anda bebas memilih rawatan yang anda fikirkan terbaik untuk anda, bukan rawatan yang di paksakan oleh sistem di hospital iaitu chemotherapy dan radiotherapy sahaja dan sekiranya gagal anda akan dihanyutkan kedalam dunia khayal yang tak berkesudahan dengan bekalan MORPHINE sah yang tidak terhad sehingga anda mati dalam khayalan tesebut.

Pendekatan seterusnya adalah mengubah cara hidup anda secara total yang mencakupi segala aspek kehidupan anda. Pemakanan, minuman, udara, tabiat dan persekitaran anda perlu berubah dari tidak sihat kepada yang menyihatkan. Terutama sekali mengambil sayur-sayuran, buah-buahan organic yang sekerap dan sebanyak yang mungkin. Minum minuman yang beralkali yang bertapis dan tidak mengandungi klorin dan berbagai logam berat. Jauhkan dari pada cara hidup yang penuh tekanan dan kesibukan yang melampau. Tidak mengambil gula, daging haiwan dan ‘diary products’ yang menggalakkan pertumbuhan kanser.

Konsep utama rawatan chemotherapy adalah untuk membunuh sel-sel kanser tapi malangnya dalam masa yang sama ia turut membunuh sel-sel normal yang aktif jadi menghasilkan kesan toksid yang tinggi dan berbagai komplikasi kepada pesakit kanser. Ubat chemotherapy yang terbaik adalah yang hanya mampu membunuh kanser sel sahaja tanpa membunuh sel-sel yang sihat dan normal. Antara ‘targeted chemotherapy’ yang ada di amalkan adalah rawatan ‘IPT’ iaitu ‘Insulin Potentiation Therapy’, sebagaimana dalam test mengesan cancer yang terbaru PET’s scan yang menggunakan gula bersama radioaktif untuk mengesan keberadaan sel-sel kanser di seluroh badan. Saintis dan dunia perubatan tahu dan mempercayai   bahawa sel-sel kanser mampu menyerap gula sebanyak 15 ke 20 kali lebih kuat daripada sel-sel biasa jadi gula digunakan dalam PET’s scan sebagai target untuk mengesan sel-sel kanser.

Konsep dan pendekatan yang sama digunakan dalam rawatan IPT sejak 40 tahun dahulu iaitu sebelum ujudnya test PET’s scan!. Dalam rawatan IPT ubat chemotherapy yang digunakan adalah sama seperti yang biasa digunakan untuk rawatan kanser di hospital tetapi jumlah atau dose yang digunakan adalah sekadar 10% ke 20% daripada jumlah yang biasa digunakan dalam rawatan chemotherapy konvensional tetapi kesan chemotherapy ini diperbesarkan konsentrasinya dengan pemberian suntikan insulin pada permulaan proses sehingga ke tahap hypogyycemia baru ubat chemotherapy di suntik dan diikuti dengan gula. Dose yang kecil dengan target yang langsung tertumpu kepada kanser sel sahaja mampu membunuh sel-sel kanser tanpa memberikan kesan toksid ataupun kesan sampingan yang teruk.

Selain rawatan IPT diatas ada satu lagi rawatan chemotherapy yang hanya memyerang dan membunuh sel-sel kanser tanpa mendatangkan sebarang toksid atau kesan sampingan kepada penderita kanser iaitu ‘Ukrain chemotherapy’. Ubat Ukrain ini terdaftar sebagai ubat chemotherapy di 12 negara di dalam dunia seperti USA, UAE, Australia, Mexico, Ukrain, German, Georgia, Turkmenistan, Belarus, Azerbaijan, Tajikistan and Tunisia.
Ukrain adalah kombinasi Chelidonium majus dan Thiopenta yang mempunyai tarikan kepada kanser sel yang terlalu tinggi dan hanya membunuh kanser sel sahaja dan dalam masa yang sama ia dapat merangsang immune sistem pesakit untuk meningkatkan keupayaannya. Rawatan Ukrain dilakukan secara suntikan intravenous berselang hari untuk 3 minggu pertama dan seterus nya setiap 2 kali seminggu untuk tempoh 3 ke 6 bulan sehingga berlaku ‘complete remmision’. Yang menjadi masalah nya adalah kos rawatan ukrain ini agak tinggi dan boleh mencecah RM100,000 untuk 3 bulan rawatan.

Dalam waktu yang sama anda boleh memulakan ‘rawatan metabolik’ untuk mengembalikan persekitaran sel-sel dibadan anda kepada situasi yang sihat dan tidak mengalakkan pertumbuhan sel-sel kanser. Ini dapat dilakukan dengan mengambil pelbagai ‘food supplement’ disamping mengambil rawatan B17. Rawatan metabolik juga boleh dipanggil sebagai ‘Optimal Nutritional Supplementation Therapy”. Ada tiga peringkat didalam rawatan metabolik iaitu peringkat intensif, peringkat kedua dan peringkat maintenance. Suntikan B17 setiap hari untuk selama 21 hari adalah diperlukan bersama dengan pengambilan Pil B17, Capsule Apricot Seed, Vitamin B15, Bromilin Pil, Vitamin C, Vitamin E, multivitamin dan antioxidant seperti Graviola Pil dan juga Graviola Tea.

Banyak kajian dan penyelidikan yang berkaitan dengan kanser adalah untuk pengembangan teknologi terkini yang meliputi pengeluaran alat-alat canggih untuk mengesan kanser ataupun pengeluaran berbagai alat moden untuk membantu merawat kanser seperti ‘cyberknife’ ataupun sentiasa diciptakan berbagai ubat chemotherapy yang baru untuk merawat kanser dengan harga yang berlipat kali ganda lebih mahal. Semakin canggih kajian, peralatan dan semakin mahal ubat chemotherapy maka semakin banyak kanser terjadi. Jadi teknologi tidak mencegah atau mengurangi terjadi nya penyakit kanser!!!

Rawatan kanser yang standard adalah terhad kepada pembedahan, chemotherapy dan radiotherapy sahaja, apa-apa rawatan selain daripada yang tiga ini adalah dianggap sebagai ‘Rawatan Alternatif kanser’. Ini termasuk rawatan metabolik dan juga rawatan IPT tidak dianggap rawatan yang ‘mainstream’. Saya percaya anda pasti tertanya-tanya lagi betul ke kanser boleh disembuhkan? Apakah betul penawar kanser adalah melalui ‘ nutritional food supplementation therapy’?. Ketahui lah bahawa “ Allah yang menurunkan penyakit maka Allah juga yang menyembuhkan nya ” Cuma kita sahaja yang tidak bertemu dengan ubat yang betul.  Vitamin B17 telah berada di pasaran Malaysia dan ia nya telah dikilangkan dibawah GMP status dan telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dibawah ‘Food Supplement’.

No comments: